Thursday, March 08, 2012

Sistem Solar DIY

Untuk mengumpul pengalaman dan ilmu produk-produk sistem penjana elektrik solar (matahari), saya laksanakan satu projek sistem solar di rumah.
Memang dah lama, nak sangat aku mula projek ni tapi tiada pengetahuan apa komponen2 yang diperlukan. Nasib baik dengan bantuan member yang sudah laksanakan sistem yang agak sama, akhirnya...projek ni berjaya dimulakan.

Hasil janaan projek ini moga boleh membekal kuasa elektrik untuk appliance elektrik kecil seperti telefon mobil, router, modem dan caj bateri-bateri, etc.

Komponen
  • Bateri asid plumbum 100AH jenis gel VRLA (Kering)
  • Solar Controller 30A jenis PWM
  • Panel Solar 20W x 3 (Jumlah 60W) jenis mono-crystaline
  • Tiang besi berlubang untuk memasang panel
  • Wayar 2.2mm ataupun 14AWG
  • Inverter 300W
  • Soket penyala rokok kereta (12V)
  • DC regulator pelbagai voltan (3V,4.5V,5V,9V,12V) dengan plug penyala rokok kereta
  • USB port
Panel solar ini amat murah sekali dibeli dari market online China taobao.com, dimana sekeping panel 20W hanya Renminbi China 150, agak-agak RM70 satu lah..
Harga di pasaran agaknya 3 kali lebih mahal....hampir RM200


Kesimpulan
  • Kalau nak beli bateri generasi baru, janganlah beli jenis asid plumbum lagi, ini kerana kompleksiti nya dalam caj dan discaj. Bateri baru baru ini yang popular dan tidak mencemar alam sekitar adalah jenis Silica ataupun Silikon.
  • Pasal solar panel, memang ada beza jenis kualitinya dari segi rekaan circuit sel solar dan juga kualiti kaca yang digunakan serta kualiti pasangan samada kalis air.
  • Solar Controller pula, paling efisien adalah jenis MPPT, Tetapi hati-hati controller MPPT yang murah kerana ada banyak controller murah yang peformance nya lagi teruk dengan PWM kerana mengunakan induktor yang terlalu kecil ataupun induktor udara. MPPT controller yang baik boleh memberi lebih 30% kuasa dalam bentuk Ampere. Tapi kalau untuk projek kecil macam saya, PWM memang sudah memadai.

No comments: